Pages

March 18, 2010

Rawatan Ruqyah Syar'iah

Sihir merupakan perbuatan hasad dengki yang dilakukan oleh tukang sihir dengan bantuan jin yang bertujuan untuk mengenakan seseorang dengan niat yang tertentu. Antara sihir yang biasa diamalkan ialah Sihir Pemisahan, Sihir Pengasih, Sihir Pukauan, Sihir Gila atau Sasau, Sihir Ilmu Pelemah, Sihir Histeria, Sihir Penderitaan (Sakit), Sihir Pendarahan dan Sihir untuk Menggagalkan Perkahwinan.


Kaedah Rawatan

Perawat merawat pesakit dengan menggunakan bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang dikenali sebagai Ruqyah Syar’iah di mana ia merupakan cara perubatan Rasulullah SAW. Berikut adalah langkah-langkah yang digunakan semasa rawatan:

1. Qiraatul Qur'an bil jahriah ( bacaan al-qur'an dengan jelas di hadapan pesakit)
2. Sama'atul Qur'an ( pesakit perlu mendengar bacaan al-Qur'an setiap hari)
3. Al-Ightisal bil Qur'an ( mandian air bacaan al-Qur'an )
4. Al-Syarab bil Qur'an ( minuman air bacaan al-Qur'an )
5. Al-Khutbah ( bacaan khutbah )


Tambahan:
Untuk setiap sesi rawatan Ruqyah Syar’iah, Pesakit diminta untuk menyediakan 2 botol air mineral 1.5 liter dan 21 biji limau nipis.

Terapi Al Hijamah (Bekam)

Bekam merupakan suatu kaedah pengubatan dengan cara mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Di dalam bahasa arab ia disebut Al Hijamah, manakala di Eropah dikenal sebagai Cupping Therapeutic Methode.

Saranan Rasulullah SAW tentang berbekam:

Sabda Rasulullah SAW: "Jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" - Hadith Riwayat Malik-

Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” - Riwayat Ibnu Majah -

Kaedah Bekam Boleh Menyembuhkan 76 Jenis Penyakit

1. Kegemukan
2. Penyakit kaki gajah
3. Sakit pinggang
4. Sakit perut
5. Sembelit
6. Gangguan jantung
7. Radang perut
8. Alergi makanan
9. Sengal tulang
10. Sesak nafas
11. Asma
12. Insomnia
13. Cirit birit
14. Kejang otot
15. Kencing manis
16. Gangguan pundi
17. Menggigil
18. Kencing malam
19. Tonsil
20. Gatal-gatal
21. Radang usus besar
22. Stress
23. Gangguan pundi hempedu
24. Pusingan haid tidak teratur
25. Masalah Ginjal
26. Tekanan darah tinggi
27. Sakit lutut dan sendi
28. Sakit kaki
29. Sakit tulang belakang
30. Gangguan jiwa
31. Stroke
32. Gout
33. Rematoid
34. Bisul
35. Kurang imun
36. Sinus
37. Sakit kawasan perut
38. Gangguan rusuk
39. Buasir
40. Mandul
41. Kuat tidur
42. Membaiki peredaran darah
43. Pembuluh darah sempit/sumbat
44. Sakit punggung
45. Badan kurus
46. Membuang tabiat merokok
47. Sakit bahu/tengkuk
48. Pekak
49. Jangkitan kuman
50. Kurang daya ingatan
51. Kurang fokus
52. Sakit punggung
53. Gangguan pundi
54. Kaki semut-semut
55. Salah urat
56. Lumpuh menyeluruh
57. Lemah syahwat dan masalah prostat
58. Pening kerana gangguan haid
59. Sakit paha dan tapak kaki
60. Sejuk tapak kaki
61. Tegang/gelisah
62. Tumor otak
63. Lutut yang kaku
64. Gangguan pankreas
65. Kejang-kejang
66. Bisu
67. Penyakit mata
68. Berhenti haid
69. Bengkak testis
70. Tekanan darah rendah
71. Penyakit rahim
72. Keputihan
73. Masalah kesuburan
74. Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75. Sihir
76. Saka

Jenis-Jenis Bekam

1. Bekam Basah (Darah)

Bekam basah (Hijamah Rothbah), iaitu pertama kita melakukan bekam kering, kemudian kita melukai permukaan kulit dengan jarum tajam (lancet) atau sayatan pisau steril (surgical blade), lalu di sekitarnya dihisap dengan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh. Lamanya setiap hisapan 3 sampai 5 minit, dan maksima 9 minit, lalu dibuang darah kotornya. Penghisapan tidak lebih dari 7 kali hisapan. Darah kotor berupa darah merah pekat dan berbuih. InsyaAllah bekasnya (kulit yang lebam) akan hilang 3 hari kemudian setelah disapu minyak habbatus sauda’ atau minyak zaitun.

Manfaat Bekam Basah (Darah)

1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3. Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.
5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah, migrain dan sakit gigi.
6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
8. Ketika terkena sengal, sciatica dan tulang.
9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
10. Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.
11. Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.
12. Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
13. Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
14. Bermanfaat mengatasi keracunan.
15. Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.



2. Bekam Kering (Angin)

Bekam kering atau bekam angin (Hijamah Jaaffah), iaitu menghisap permukaan kulit dan memijat tempat sekitarnya tanpa mengeluarkan darah kotor. Bekam kering baik bagi orang yang tidak tahan suntikan jarum dan takut melihat darah. Kulit yang dibekam akan tampak merah kehitam-hitaman selama 3 hari.

Manfaat Bekam Kering

1. Meringankan rasa sakit dan mengurangi pengumpulan darah beku.
2. Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang kronik.
3. Mengubati nephritis.
4. Mengatasi radang selaput jantung,radang urat saraf pada bahagian punggung bawah dan radang pada bahagian celah-celang tulang dada.
5. Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung berdarah.
6. Untuk mengatasi masuk angin.
7. Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan darah dari pembuluh darah pesakit dan menginjeksikannya ke otot paha, khususnya bagi anak-anak atau siapa saja yang urat nadi mereka susah ditemui disebabkan terlalu tua.

Refleksologi (Urut Tapak Kaki)

Refleksologi merupakan urut tapak kaki iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda.

Kelebihan Refleksologi

• Melancarkan pengaliran darah
• Meningkatkan daya tahan individu
• Mengurangkan risiko tulang reput
• Menyeimbangkan kedudukan badan
• Melancarkan pergerakan
• Menguatkan otot kaki
• Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
• Menguatkan tulang dan pinggul
• Mengurangkan risiko sakit sendi
• Mengurangkan rasa letih
• Mengelak risiko sembelit
• Mengurangkan masalah usus
• Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
• Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

Sumber: penawar.com

Rawatan Berasaskan Herba

Menurut Kamus Dewan, herba merupakan jenis tumbuh-tumbuhan yang batangnya rendah dan tidak berteras (ada yang daunnya dibuat ubat atau dimakan). Perawat akan menggunakan herba sebagai ubat-ubatan dan makanan kesihatan kepada para pesakit. Herba-herba yang digunakan adalah produk keluaran Muslim yang dijamin bersih dan halal.

Sifat-Sifat Herba

1. LAXATIF: Pelawas
2. DEPURATIF: Pembersih Darah
3. DIURETIK: Melancarkan Air Kencing/ Air Seni
4. ANTIPIRETIK: Menurunkan Kepanasan
5. KARMINATIF: Menolak Angin
6. ANTIHIPERTENSI: Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
7. SEDATIF: Ubat Pereda
8. AFRODISIAK: Penambah Berahi
9. ANTIDOT: Penawar Racun
10. ANALGESIK: Kurangkan Rasa Sakit
11. VUINERARI : Ubat Luka
12. ANTITUSIF : Ubat Batuk
13. EKSPEKTORAN : Peluruh Kahak
14. DRAFORETIK : Mengeluarkan Keringat
15. STOMAKIK : Menambah Nafsu Makan
16. EMENAGOG : Peluruh Haid
17. HIPNOTIK : Pelelap Tidur
18. ALTERATIF : Penggalak Enzim Penghadaman
19. HEMOSTATIK : Penghenti Pendarahan
20. ANTIPASMODIK : Pereda Kejang

Sumber: Sinergi-Produk HPA

March 17, 2010

LOKASI PUSAT RAWATAN

MALAYSIA:

Sila Hubungi:
Hisham Mohamad (+6017 936 1721)

Semua diagnosis dan terapi akan dilakukan oleh Herbalist KPJ-HPA/Perawat yang bertauliah. Rawatan dan terapi bagi pesakit wanita akan dilakukan oleh Herbalist KPJ-HPA/Perawat wanita. Semua rawatan akan dijalankan di Pusat Rawatan Islam Elmufeed (sila rujuk alamat dan peta lokasi). 

Semua Pengamal Perubatan Tradisional & Komplementari di Pusat Rawatan Islam Elmufeed adalah berdaftar secara sah dengan Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia (PERHIJAM) yang merupakan ahli badan gabungan di bawah Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Senarai Herbalist KPJ-HPA/Perawat yang terlibat membuat diagnosis dan rawatan:

1. Hisham Mohamad (Herbalist KPJ-HPA, INTIBAH, Psych. & Coun., Islamic Stud.(Sya))
2. Sayed Sharifudin Jamalulail (Herbalist KPJ-HPA)
3. Marina Mohamad (Herbalist KPJ-HPA)
4. Nurul Zatul Akmar (INTIBAH)

Untuk membuat rawatan dan terapi, sila buat temujanji sebelum hadir ke pusat rawatan dengan menghubungi HOTLINE: +6 017 936 1721

Alamat Lokasi Pusat Rawatan:

PUSAT RAWATAN ISLAM ELMUFEED,
BLOK 3, TINGKAT 10, NO. 17, DESA LEMBAH PERMAI,
JALAN BUKIT BELACHAN,
LEMBAH JAYA UTARA, 68000
AMPANG, SELANGOR, MALAYSIA