Pages

December 20, 2011

Hidup Sihat Cara Rasulullah SAW

Rasulullah SAW telah mengajar umatnya pelbagai perkara dalam aspek kehidupan duniawi mahupun ukhrawi. Setiap perkara yang diajarkannya sudah tentu ada hikmah dan barakahnya yang tersembunyi. Sebagai umat baginda Nabi SAW adalah menjadi tanggungjawab untuk menelusuri sunnah yang ditinggalkannya agar kehidupan yang dilalui setiap hari ini menjadi lebih baik dan termasuk dalam golongan muttaqin. Begitulah pesanan baginda seperti yang disebut dalam sebuah hadith:

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku." 

(HR Imam Muslim dari Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan lain-lain.)

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Nabi SAW jika dikaji satu persatu dari aspek perubatan banyak menjurus ke arah kesihatan tubuh seseorang dan bersifat pencegahan sesuatu penyakit. Antara perkara utama yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk menjaga kesihatan ialah menitikberatkan tentang soal pemakanan. Ini kerana makan dan minum mempunyai hubungkait yang sangat rapat terhadap tumbesaran tubuh, memberi tenaga, penghasilan hormon, penyeimbangan unsur panas dan sejuk, menguatkan tulang dan kecerdasan akal fikiran.

Makan dan Minum Nabi SAW untuk Penjagaan Kesihatan

Rasulullah SAW minum dengan 3 kali nafas iaitu bernafas di luar gelas dan melarang bernafas di dalam gelas. Ketika hendak minum Rasulullah SAW memulakan dengan menyebut bismillah dan setelah selesai baginda menyebut alhamdulillah. Meneguk minuman hendaklah dengan lembut dan secara perlahan-lahan dan tidak gopoh atau kasar iaitu minum secara sekaligus tanpa henti sehingga kenyang.

Hikmah disebalik minum dengan 3 kali nafas ialah lebih cepat menghilangkan dahaga, lebih menyihatkan dan lebih menepati perut. Rasulullah SAW berpesan agar jangan minum dengan tergesa-gesa iaitu minum secara sekaligus kerana boleh menyebabkan sakit dada.

Dari aspek pemakanan, Rasulullah SAW memakan tamar basah dan timun secara bersamaan sebagai mengimbangi unsur panas dan sejuk dalam tubuh. Penyeimbangan unsur panas dan sejuk adalah merupakan aspek penting dalam perubatan kerana tubuh yang mempunyai unsur yang seimbang adalah sihat dan terhindar dari serangan penyakit. Imam Al Qurtubi rahimahullah menyebut bahawa tamar basah mempunyai unsur panas dan timun berunsur sejuk. 


Air dan Wudhu'


Islam mengajar umatnya tentang penjagaan kebersihan. Mengapa kebersihan sangat dititikberatkan? Kerana kebersihan mempunyai hubung kait dengan kesihatan. Di dalam kitab Fiqh Imam Syafie rahimahullah, perkara pertama yang dibicarakan selepas bab aqidah ialah bab taharah atau bersuci dari sebarang kekotoran dan najis yang menunjukkan bahawa perkara utama bagi seseorang muslim itu memulakan kehidupannya ialah dengan membersihkan dirinya agar menjadi lebih bertenaga, sihat dan kuat untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.


Air (H2O) merupakan unsur terpenting dalam kehidupan manusia untuk pelbagai guna. Walaupun begitu, tidak semua jenis air boleh digunakan untuk tujuan menyucikan kotoran dan najis. Islam menggariskan hanya terdapat 7 punca air utama sahaja yang boleh digunakan untuk bersuci iaitu air laut, air sungai, air telaga, air hujan, air mata air, air embun dan salji. Jika dikaji mengapa perlu menggunakan 7 punca air ini sahaja? Air-air ini merupakan air yang mempunyai oxygen dan energy yang luar biasa yang jika digunakan dengan betul akan memberi kesan kesihatan
yang baik pada tubuh.

Berwudhu' adalah salah satu syarat untuk mendirikan solat dan berdosa jika seseorang itu solat tanpa wudhu'.  Terdapat beberapa jenis terapi dalam berwudhu' seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Air digunakan untuk berwudhu' dan oleh kerana wudhu' menggunakan air, maka bolehlah dikatakan wudhu' sebagai hydrotherapy. Hydrotherapy adalah kaedah rawatan yang menggunakan air untuk tujuan melegakan sengal-sengal badan, melegakan otot dan sendi, mengurangkan demam, melegakan pening kepala dan meningkatkan kesihatan fizikal. Selain itu, dalam wudhu' juga ada terapi reflexology dan acupressure.


Wudhu' pada rukunnya cuma ada 6 rukun iaitu niat, membasuh muka, membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh kedua kaki hingga ke buku lali dan tertib. Akan tetapi, wudhu' menjadi lebih sempurna dengan adanya sunnah wudhu' seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW dan setiap sunnah itu tentu ada hikmah disebaliknya.


Membasuh tangan merupakan sunnah dalam berwudhu' iaitu dengan memulakan dengan tangan kanan, menggosok, memutarkan tangan kanan ke tangan kiri dan sebaliknya, kemudian menyelati dan menyilangkan jari-jemari dan melakukannya sebanyak 3 kali. Tangan yang diciptakan oleh Allah SWT mempunyai kuasa tenaganya yang tersendiri. Dalam terapi hand reflexology seseorang yang melakukan seperti ini bukan sahaja dapat melancarkan peredaran darahnya secara tidak langsung malah akan menguatkan beberapa bahagian tubuh seperti mata, telinga, bahu, kepala, paru-paru, liver, perut, pundi kencing, ginjal, usus, payudara dan jantung serta dapat menghindarkan terkena penyakit-penyakit.

Selepas membasuh tangan disunatkan pula untuk berkumur-kumur. Antara hikmah berkumur-kumur adalah dapat membersihkan dalaman mulut dari sisa-sisa makanan. Di samping itu dapat menjaga gigi, gusi dan memberi nafas yang lebih segar.


Seterusnya memasukkan sedikit air ke dalam hidung, menyedut dan menghembuskannya atau disebut sebagai istinsyaq. Ada kajian yang telah dilakukan dan mengatakan bahawa dengan melakukan istinsyaq dapat membersihkan hidung dari kuman dan kotoran. Selain itu, cara ini juga dapat membantu menyihatkan hidung, kerongkong dan paru-paru. Ada pendapat mengatakan istinsyaq boleh menghindarkan dari terkena penyakit resdung.


Membasuh muka merupakan rukun dalam wudhu'. Antara kelebihan membasuh muka sebanyak 3 kali dengan cara yang betul mengikut sunnah ialah dapat membersihkan segala kotoran yang ada pada wajah, menegangkan kulit muka, awet muda iaitu dengan cara mengurut sedikit kulit pipi ke arah atas, menaikkan seri wajah dan menajamkan penglihatan. Selain itu, membantu menguatkan organ-organ tubuh seperti ginjal, usus, jantung, perut, paru-paru, limpa, liver dan pundi kencing. Bagaimana proses ini berlaku ialah kerana pada kulit wajah terdapat beberapa titik acupuncture dan meridians yang apabila diaktifkan akan menghasilkan energy atau chi yang akan mengalir ke seluruh tubuh. Penggabungan hydrotherapy dan acupressure secara tidak langsung ini membantu memantapkan dan meningkatkan energy dan tahap kesihatan seseorang.


Menyapu sedikit air di bahagian kepala adalah salah satu dari rukun wudhu' dan sunnahnya adalah menyapu keseluruhan kepala. Antara hikmahnya adalah menguatkan ginjal, melegakan sakit kepala dan menghilangkan panas.

Sunnah wudhu' yang lain adalah membasuh kedua-dua telinga. Sejak lebih 1400 tahun dulu, Rasulullah SAW telah mengajar umatnya ilmu tentang urutan pada telinga ini. Ilmu yang sangat luar biasa ini sebenarnya telah ada dalam wudhu' dan dipraktikkan oleh umat Islam tanpa sedar akan manfaat dan kelebihannya. 

Telinga mempunyai titik acupressure yang sangat banyak sehingga meliputi seluruh tubuh badan manusia. Antaranya ialah anggota dan organ tubuh badan seperti tangan, kaki, tulang belakang, mata, mulut, gigi, paru-paru, limpa, perut, liver, jantung, saluran kencing dan sebagainya. Ini bermakna seseorang yang mengamalkan mengurut telinganya ketika berwudhu' sebanyak 3 kali setiap kali berwudhu' akan membantu menyihatkan seluruh tubuhnya secara tidak langsung kerana menggunakan 3 terapi serentak iaitu hydrotherapy, acupressure dan ear reflexology

Akhir sekali ialah membasuh kaki sebagai melengkapkan rukun wudhu'. Sunnahnya adalah membasuh kaki dengan cara meratakan air sehingga ke buku lali dan menyelati di celah-celah jari kaki sebanyak 3 kali yang dimulakan dengan kaki kanan. Kaki mempunyai titik reflexology yang banyak dan merangkumi keseluruhan tubuh badan manusia.

Mengurut tapak kaki atau dikenali sebagai terapi reflexology merupakan salah satu cabang ilmu perubatan yang terkenal di seluruh dunia yang dapat membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya ialah dapat melancarkan pengaliran darah, meningkatkan daya tahan individu, mengurangkan risiko tulang reput, menyeimbangkan kedudukan badan, melancarkan pergerakan, menguatkan otot kaki, mengurangkan risiko kencing tidak lawas, menguatkan tulang dan pinggul, mengurangkan risiko sakit sendi, mengurangkan rasa letih, mengelak risiko sembelit, mengurangkan masalah usus dan mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.

Tulisan ini hanyalah sebuah bacaan ilmiah secara ringkas sahaja. Jika dihuraikan hasil kajian secara lebih terperinci tentang kelebihan-kelebihan yang tersembunyi di sebalik sunnah Rasulullah SAW itu sudah tentu terlampau banyak. Apa yang penting mengamalkan sunnah secara istiqamah dan perlulah mengetahui sedikit sebanyak kelebihan-kelebihannya. Umat Islam seharusnya peka dengan sesuatu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dalam dunia moden hari ini, orang kafir yang bersungguh-sungguh mengkaji sunnah Rasulullah SAW dan mereka mengkomersialkannya dalam bentuk perniagaan yang menguntungkan dan oleh kerana kelekaan, maka umat Islam ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Kita sering mengaku cintakan Nabi SAW tetapi persoalannya sejauh mana kita mengamalkan sunnah yang ditinggalkan baginda dan sejauh mana kita mengkajinya. Tulisan ini cuma membicarakan tentang sunnah dari aspek perubatan dan kesihatan sahaja tidak dari perspektif yang lain.

Konklusinya, berdasarkan ilmu yang diajarkan oleh Nabi SAW ini, umat Islam mesti menjadi umat yang jauh lebih sihat dan kuat berbanding orang-orang kafir.

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah



Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD


December 13, 2011

Mengenal Buah Pinggang

Pengenalan

Buah pinggang juga dikenali sebagai ginjal iaitu organ kembar yang terlibat dalam sistem urinari seseorang. Tugas terpenting sistem urinari adalah mengeluarkan bahan buangan dan membantu badan mengekalkan homeostasis. Homeostasis dapat dikekalkan dengan mengawal kandungan dan isi padu darah. Sistem urinari mengekalkan homeostasis dengan mengeluarkan atau menyimpan isi padu air dan bahan larutan terpilih. 


Setiap orang memiliki sepasang ginjal yang terletak di kanan dan kiri tubuh. Lokasinya ialah di belakang perut atau abdomen, kanan dan kiri  tulang belakang, di bawah hati dan limpa. Di bahagian atas (superior) ginjal terdapat kalenjar adrenal yang juga disebut sebagai suprarenal glands. Ginjal bersifat retroperitoneal yang bererti terletak di belakang peritoneum yang melapisi rongga abdomen. Kedua ginjal terletak di sekitar vertebra T12 hingga L3. Ginjal kanan biasanya terletak sedikit di bawah ginjal kiri untuk memberi tempat kepada hati.

Ginjal atau buah pinggang merupakan organ ekskresi dalam vetebrata yang bentuknya mirip kacang merah. Ekskresi adalah proses pembuangan sisa metabolisme dan benda tidak berguna lainnya.  

Fungsi Buah Pinggang atau Ginjal

Fungsi utama buah pinggang atau ginjal adalah untuk mengatur volume dan kandungan kimiawi darah dan sebagai penyaring kotoran (terutama urea) dari darah dan membuangnya bersama dengan air dalam bentuk urin. Selain itu juga berperanan dalam menghasilkan erythropoietin (EPO) yang menstimulasi produksi sel darah merah. Apabila ginjal telah mengesan bahawa jumlah sel darah merah dalam tubuh berkurang, maka ginjal merangsang produksi dan pelepasan lebih banyak sel darah. Ginjal juga menghasilkan metabolisme vitamin D iaitu calcitriol yang merupakan bentuk aktif dari vitamin D dan diperolehi daripada calciferol dan fungsinya supaya vitamin D bertahan dalam darah. Renin yang merupakan enzim juga disekresi oleh ginjal. Sekresi atau secretion adalah proses melepaskan untuk membuat dan melepaskan bahan kimiawi dalam bentuk lendir. Munculnya renin kerana ada rangsangan, tekanan dan konsentrasi air dan sodium, maka jika ia menurun, maka keluar renin dari liver merangsang angiotensinogen

Pemahaman yang lebih mudah untuk masyarakat awam memahami akan fungsi buah pinggang ialah sebagai pembersih bahan dan cecair berlebihan dari dalam darah. Menapis dan membantu memperbetulkan tekanan darah dan menentukan bilangan sel darah. Seterusnya berfungsi menyingkirkan kotoran dalm bentuk cecair melalui air kencing.

Sakit Buah Pinggang

Pesakit yang mengalami masalah atau gangguan pada buah pinggang tidak semestinya berasa sakit pada kedua-dua belah kiri dan kanan pinggangnya seperti mana mereka yang mengalami sakit jantung yang terpaksa memegang dada ketika berlakunya serangan jantung. Kadangkala pesakit sendiri tidak menyedari yang dia sedang mengalami kelemahan fungsi buah pinggangnya, sehinggalah dilakukan diagnosis ke atasnya atau mengalami simptom-simptom tertentu.

Terdapat banyak penyakit yang melibatkan buah pinggang atau ginjal ini. Antaranya ialah infeksi saluran kencing, saluran kencing tersekat kerana adanya batu dalam ginjal atau disebut juga sebagai batu karang, tekanan darah tinggi, diabetes mellitus, glomerulonephritisnephrosis dan lain-lain.

Gejala Sakit Buah Pinggang

  • Terasa sakit ketika kencing
  • Kerap kencing terutama pada waktu malam
  • Kencing berdarah iaitu air kencing bercampur dengan darah
  • Sukar untuk tidur
  • Tekanan darah tinggi
  • Terasa lemah dan letih
  • Bengkak pada kaki
  • Sakit pada bahagian belakang terutama pinggang dan punggung
  • Terasa mual dan loya
  • Perubahan jumlah air kencing samada terlalu banyak atau terlalu sedikit
  • Kencing kotor iaitu warna air kencing yang terlampau kuning atau kemerahan atau cokelat
  • Sembap pada keliling mata yang berlarutan terutama pada sebelah pagi
  • Kencing tidak lawas

Punca Sakit Buah Pinggang

Sakit buah pinggang adalah disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya ialah:

  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Kurangnya meminum air iaitu kurang 2.5 liter setiap hari yang menyebabkan tubuh menjadi kekeringan dan pada masa yang sama ginjal bekerja keras
  • Pengambilan ubat-ubatan atau makanan yang berkimia secara kerap
  • Merokok
  • Mengamalkan minuman yang manis-manis secara kerap terutama yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan
  • Pengambilan minuman beralkohol
  • Tabiat suka menahan kencing
  • Mengamalkan minum air di tengah malam secara kerap
  • Tidak atau kurangnya mengamalkan senaman
  • Tekanan perasaan yang melampau atau stress 

Diagnosis

Pesakit yang mengalami masalah yang berkaitan dengan buah pinggang boleh diperiksa dengan melakukan beberapa kaedah diagnosis untuk mengenalpasti sejauh mana  tahap sakitnya. Pusat Rawatan Islam Elmufeed menggunakan kaedah seperti:

1. Saraf Tapak Tangan (The Sign of Hand-Palmistry)

  • Ruas ketiga jari kelingking membuncit
  • Rasa ketulan pada ruas ketiga jari kelingking
  • Ruas jari ketiga seluruh jari membuncit
  • Pangkal kuku berwarna hitam
  • Garis-garis halus menegak jelas kelihatan pada ruas-ruas jari
2. Iridologi (Iridology)

Menggunakan alat atau mesin iridologi (computerized iridology analysis) untuk mengenalpasti pada sistem pembuangan (elimination) iaitu pada Zon 5 antara jam 5-6 (mata kanan) dan antara jam 6-7 (mata kiri). Kaedah iridologi ini boleh melihat keadaan jaringan organ tubuh dalam 5 tahap samada pada tahap normal, acute, sub-acute, chronic atau degenerative.


Rawatan dan Terapi

Pesakit buah pinggang boleh dirawat dengan beberapa kaedah rawatan dan terapi bergantung jenis sakit, keadaan tubuh pesakit dan selepas melakukan diagnosis atau pemeriksaan. Antara terapi yang boleh dilakukan ialah:
  1. Al Hijamah (bekam)
  2. Akupuntur (acupuncture)
  3. Refleksologi (reflexology)
  4. Rawatan berasaskan herba
Semoga dengan paparan info berkenaan dengan buah pinggang atau ginjal ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat ke arah penjagaan tubuh badan agar sentiasa sihat sepanjang hayat dan membantu memudahkan menjalani ibadah seharian kita kepada Allah SWT serta menjadi insan yang bertaqwa.


Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD


December 6, 2011

Tata Cara Makan Dan Minum Rasulullah SAW

Nabi Muhammad SAW merupakan penghulu umat akhir zaman adalah insan yang menjadi utusan Allah SWT yang sangat istimewa. Baginda bukan sahaja mempunyai akhlak yang terpuji malah memiliki gaya hidup sihat yang seharusnya dicontohi oleh umatnya.
Allah SWT berfirman:

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
(Surah Al Anbiya' ayat 107)

Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik yang perlu kita ikuti seperti dalam firmanNya:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." 
(Surah Al Ahzab ayat 21)

Sebagai permulaan ke arah kesihatan tubuh maka Rasulullah SAW telah mengajar kita beberapa perkara tentang makan dan minum. Perkara asas yang diajarkan baginda kepada kita ialah dengan melakukan 3 perkara sebelum makan iaitu:
  1. memulakan dengan membaca basmalah
  2. makan dengan tangan kanan
  3. mula menjamah makanan yang paling hampir
Jika seseorang itu terlupa membaca basmalah, maka ia boleh membacanya ketika dia teringat dengan membaca; 

Terdapat beberapa prinsip Rasulullah SAW dalam pemakanan iaitu:
  1. hanya makan makanan yang HALAL dan THOYYIB (kandungan yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan)
  2. makan tidak sehingga kenyang
  3. makan tidak melebihi 1/3 perut kerana 1/3 lagi untuk minuman dan 1/3 terakhir adalah untuk pernafasan (udara).
Antara beberapa perkara lain tentang tata cara Rasulullah SAW ketika menghadapi makanan ialah:
  1. makan secara berjamaah
  2. duduk dalam keadaan baik, tegap dan tidak bersandar agar makanan turun dengan sempurna.
  3. mencuci tangan sebelum makan
  4. bersikap sederhana dan tidak berlebihan
  5. tidak memenuhi mulut dengan makanan yang banyak
  6. tidak banyak berbicara ketika sedang makan
  7. tidak meninggalkan sisa makanan 
  8. membersihkan sisa makanan yang ada pada jari-jari dengan menggunakan mulut setelah selesai makan
  9. setelah selesai makan, mengucapkan alhamdulillah
  10. Mencuci tangan setelah selesai makan
Rasulullah SAW juga telah mengajarkan kita beberapa tata cara tentang minum iaitu:
  1. berniat minum kerana beribadah kepada Allah SWT
  2. tidak minum sekali teguk tetapi minum dengan 2 atau 3 teguk yang dimulakan dengan menyebut bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah
  3. minum dengan menggunakan tangan kanan
  4. bernafas 3 kali ketika minum dan hembusan nafasnya adalah di luar gelas
  5. dianjurkan minum dalam keadaan duduk 
  6. Rasulullah SAW melarang minum dari bekas yang pecah
Semoga kita sama-sama dapat mencontohi segala perilaku dan perbuatan Rasullullah SAW yang diajarkan kepada kita. Sudah tentu setiap perbuatan Rasulullah SAW itu ada hikmah dan barakah yang tersendiri kerana setiap sunnah Rasulullah SAW itu adalah wahyu daripada Allah SWT.

“I'll try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One”

(The Chosen One-Maher Zain)

Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD


November 25, 2011

Mengenal Tulang Belakang

Tulang belakang merupakan salah satu aset utama dalam tubuh badan seseorang. Fungsinya bukan sahaja sebagai penguat struktur tubuh malah juga berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat ke seluruh organ-organ. Setiap orang mempunyai satu sahaja tulang belakang yang perlu dijaga dengan rapi agar tidak berlaku sebarang gangguan atau kecederaan bagi mengelakkan terjadinya implikasi negatif pada organ dan anggota tubuh badan yang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Rangka tubuh mempunyai satu bahagian yang penting iaitu vertebral column atau dikenali sebagai ruas tulang belakang dan kesihatan tubuh badan seseorang akan terjejas apabila ada ruas tulang belakang yang terganggu. Hal ini terjadi kerana pusat maklumat telah terhenti dan tergendala dari menyebarkan maklumat otak ke seluruh organ. Akibatnya, organ tubuh akan mengalami gangguan dan tidak dapat bekerja secara optimal. Maka tubuh akan mengalami rasa sakit dan jika tidak dirawat penyakit akan berlarutan.
Antara fungsi vertebral column ialah membantu memikul berat badan, menyokong berat kepala, memastikan kepala dan otak berada dalam keadaan baik (level position) semasa berdiri atau pun berjalan. Selain itu, juga berfungsi sebagai penyangga tubuh dan melindungi bahagian otak dan sumsum tulang belakang (sistem saraf).

Allah SWT menciptakan manusia dengan struktur tulang belakang yang unik dan kompleks sehinggakan setiap pergerakan akan mempengaruhi dan memberi kesan kepada tulang belakang yang satu itu. Justeru, boleh dikatakan keadaan kesihatan seseorang berpusat pada tulang belakang.

Otak dan sistem saraf merupakan sistem tubuh yang sangat berkait rapat dengan tulang belakang. Sistem saraf terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf pusat merangkumi otak dan saraf tujang yang terdapat dalam rongga dorsal, otak dalam rongga otak dan dilindungi oleh tengkorak. Saraf tunjang pula dalam rongga tulang belakang dan dilindungi oleh vertebra.

Walaupun otak bukan bahagian dari tulang belakang, tetapi otak mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada kesihatan tulang belakang dan merupakan organ utama bagi sistem saraf. Otak menghantar tenaga ke seluruh tubuh melalui sistem saraf yang ada di sepanjang ruas tulang belakang dengan bantuan neurotransmitter.

Pergeseran atau dislocation salah satu ruas tulang belakang merupakan masalah atau gangguan yang sering berlaku kepada seseorang atau juga disebut sebagai vertebral subluxation.

Keseluruhan ruas tulang belakang adalah 33 ruas dan dibahagikan kepada 5 seksyen iatu:
1. Tulang leher (vertebrae cervicale) : 7 ruas
2. Tulang punggung (vertebrae thoracalis) : 12 ruas
3. Tulang pinggang (vertebrae lumbalis) : 5 ruas
4. Tulang kelangkang (vertebrae sacrum) : 5 ruas
5. Tulang ekor (vertebrae cosigeus) : 4 ruas

Terdapat 3 seksyen ruas tulang belakang yang dapat bergerak iaitu ruas tulang leher, tulang punggung dan tulang pinggang. Dua seksyen lagi iaitu ruas tulang kelangkang dan tulang ekor adalah ruas tulang yang tidak bergerak.


Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD



October 25, 2011

Cakap, Tidur dan Makan

Elakkan dari melakukan 3 perkara ini secara berlebih-lebihan kerana boleh menyebabkan datangnya penyakit iaitu; banyak bercakap, banyak tidur dan banyak makan.

October 14, 2011

Jaga Kaki

Elakkan dari memakai kasut yang terlalu ketat terutama yang bermuncung tirus kerana kasut yang ketat menekan kaki dan menyebabkan peredaran darah tidak lancar sehingga berlaku penimbunan banyak endapan di daerah refleksi. Pemakaian kasut jenis ini boleh mengakibatkan penyakit seperti hidung, kepala, leher, mata, telinga, bahu, keseimbangan (di telinga), dada, payudara, kalenjar, kalenjar tiroid, paru-paru dan bronchus.





PUSAT RAWATAN ISLAM ELMUFEED

October 10, 2011

Sihir Pemisahan (Perceraian)


Sihir, santau dan ilmu hitam adalah suatu perkara yang sangat sinonim dengan masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Antara jenis-jenis sihir yang sering berlaku dalam masyarakat pada hari ini ialah Sihir Pemisahan (Perceraian). Sihir Pemisahan bermaksud sesuatu amalan yang sengaja dilakukan dengan tujuan untuk memisahkan seseorang dengan seseorang. Terdapat beberapa bentuk pemisahan ini iaitu; Memisahkan seorang anak dengan ibu atau bapanya, memisahkan adik beradik dalam sebuah keluarga, memisahkan seseorang dengan teman akrabnya, memisahkan rakan kongsi dalam perniagaan dan memisahkan pasangan suami dan isteri.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 102:


"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir." Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah SWT. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui."

Salah satu bentuk pemisahan yang kerap berlaku dalam masyarakat ialah perceraian suami dan isteri yang semakin berleluasa sehinggakan ada pasangan yang berkahwin tidak sampai setahun tetapi berakhir dengan perceraian. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan sebab atau punca berlakunya perceraian pasangan suami dan isteri.  Antaranya ialah faktor akhlak, pegangan agama, ekonomi, kesihatan, psikologi, kerjaya dan pengaruh persekitaran. Akan tetapi, perlu diingat juga bahawa perceraian pasangan suami dan isteri boleh berlaku kerana perbuatan sihir kerana sihir itu sememangnya wujud seperti yang dijelaskan dalam Al Quran dan hadith.

Jabir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


"Sesungguhnya si iblis akan meletakkan singgahsananya ke atas air, lalu mengutuskan awak-awaknya (untuk dibawanya berjalan-jalan). Lalu dengan sengaja ia akan menghampiri sesebuah rumahtangga terutama yang menghadapi krisis-krisis kritikal. Apabila seseorang lain yang datang dengan berkata: "Aku telah melakukan begini dan begitu.." (mendamaikan kedua pasangan suami isteri tersebut). Maka si iblis akan berkata: "Sebenarnya kamu masih belum melakukan apa-apa." Kemudian apabila ada seseorang lain yang berkata: "Aku tidak akan lepaskan orang itu melainkan aku akan pisahkan dia dengan isterinya." Maka si iblis tadi akan cepat-cepat menghampirinya lalu berkata: "Ya, engkaulah orang yang bijak."  (Hadith Riwayat Muslim)

Tanda-Tanda Terkena Sihir Jenis Ini

1. Hilang rasa kasih sayang dan timbulnya rasa marah dan benci.
2. Selalu berprasangka buruk antara kedua belah pihak.
3. Tiada perasaan timbang rasa.
4. Sering memperbesar-besarkan perkara yang kecil.
5. Berlaku perubahan penglihatan terhadap rupa bentuk seseorang seperti seorang suami melihat rupa paras isterinya dalam kedaan yang sangt hodoh walaupun pada hakikatnya si isteri merupakan seorang yang cantik. Begitu juga si isteri melihat rupa paras suaminya dalam keadaan yang menakutkan dan meyeramkan.
6. Timbul rasa bosan dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian yang sepatutnya dilakukan.
7. Timbul rasa bosan, berserabut dan kegusaran ketika berada di rumah sendiri malah merasa lebih selesa jika berada di luar.

Senarai Semak Untuk Mengenalpasti Masalah Yang Dihadapi

1. Adakah anda melihat rupa paras suami/isteri anda dalam keadaan yang hodoh?
2. Adakah pernah berlaku krisis antara anda dan pasangan anda yang disebabkan oleh perkara yang kecil?
3. Adakah anda merasa lebih selesa apabila berada di luar atau merasa tidak tenteram dan berserabut ketika di rumah?
4. Adakah anda merasa kesukaran yang ketara ketika melakukan persetubuhan antara suami dan isteri?
5. Adakah anda atau pasangan anda pernah terkejut secara tiba-tiba dari tidur atau mengalami mimpi yang menakutkan?

Sekiranya jawapan bagi soalan-soalan di atas adalah 'YA', maka adalah dinasihatkan untuk menjalani rawatan di mana-mana pusat rawatan Islam yang mengamalkan terapi Ruqyah Syar'iyah. Semoga kita semua terhindar dari kejahatan syaitan dan konco-konconya.




Al faqir ilallah;
HISHAM MOHAMAD


PUSAT RAWATAN ISLAM ELMUFEED
http://www.bekamdanrawat.blogspot.com/











Rujukan: As Shorimul Battar fit Tashoddi lissaharatil Asyrar, Sheikh Wahid Abdul Salam Bali

October 3, 2011

Tempat Lepak SYAITAN


Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
"Apabila seseorang dari kamu bangun dari tidurnya, hendaklah dia menyedut dan menghembus rongga khaisyummnya dengan air sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan sememangnya melepak di dalam rongga khaisyum tersebut."  (HR. Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan kepada hadith Nabi SAW ini, jelas menunjukkan bahawa syaitan suka berada atau melepak di dalam rongga khaisyum. Khaisyum bermaksud rongga hidung. Mengapa syaitan suka lepak dalam rongga hidung kerana rongga hidung kita merupakan filter (penyaring) kepada kotoran-kotoran seperti debu-debu dan kadangkala kotoran ini akan terelepas masuk ke dalam rongga hidung, jadi syaitan amat suka tempat yang ada kotoran seperti ini. Maka sebab itulah kita disuruh oleh Nabi SAW untuk membersihkannya terutama selepas bangun tidur.

Dalam ilmu perubatan, hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong. Selsema akan terjadi apabila proses pembuangan toksin berlaku di bahagian kerongkong dan kebiasaannya suhu badan akan meningkat kerana badan mengandungi asid yang berlebihan. Selain itu, hidung juga akan menjadi sebu kerana paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

Ilmu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW seperti yang disebut dalam hadith ini, bukan sahaja dapat menyahkan syaitan yang suka melepak dalam rongga hidung kita, malah dapat menjaga kesihatan fizikal tubuh badan kita seperti hidung, paru-paru dan kerongkong.


Al faqir ilallah;
HISHAM MOHAMAD 

www.bekamdanrawat.blogspot.com

September 27, 2011

Risiko Kegemukan Bagi Wanita


Kegemukan merupakan antara faktor seseorang wanita berisiko terjadinya kanser endometrium (selaput dinding rahim), kerana lapisan lemak badannya mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi. Sebagai langkah pencegahan, jagalah diet anda dan rajin-rajinlah melakukan senaman. Mencontohi cara makan Rasulullah SAW amat berkesan terhindar pelbagai jenis penyakit.

September 26, 2011

Jaga Tulang Belakang


Lelaki yang suka meletakkan dompet (wallet) di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.

Elak Badan Lesu


Bagi mengatasi rasa mengantuk dan lesu selepas makan tengahari, cuba elakkan meminum air sejurus selepas makan, tapi minumlah 1 jam selepas makan. InsyaAllah, tubuh badan akan terus bertenaga.

June 22, 2011

Minyak But-But

Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.


Kelebihan dan Kegunaan Minyak But-But adalah seperti berikut:

Untuk Patah Tulang
Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Kapsul Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

Untuk Buasir
Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Herba Pelawas dan Coscinium Plus.

Untuk Urut
Minyak ini bersifat sejuk di luar dan di dalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

Sengatan Serangga
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Luka Kecil
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang luka.

Terkena Air Panas dan Luka Terbakar
Sapukan minyak ke bahagian yang menggelembung.

Cirit-Birit
Minum satu sudu kecil bersama air suam.

Kembung Perut
Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar.Untuk kanak-kanak gunakan daun sireh dan sapukan minyak pada bahagian perut.

Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam
Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.

Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam
Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.

Wanita Menopause
Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.

Komposisi (90ml per botol):
1. Kaempferia galanga
2. Melaleuca lecodendron
3. Cocos nucifera oil
4. Tinospora crispa


PRODUK: MINYAK BUT-BUT     HARGA: RM20.00 
KOS PENGHANTARAN:
Semenanjung : RM6
Sabah/Sarawak: RM10  
*Penghantaran ke seluruh Malaysia  

UNTUK PEMBELIAN PRODUK HERBA INI, SILA:
+6 017-936 1721



Sumber: pemasaranalwahida.blogspot,com