Pages

November 25, 2011

Mengenal Tulang Belakang

Tulang belakang merupakan salah satu aset utama dalam tubuh badan seseorang. Fungsinya bukan sahaja sebagai penguat struktur tubuh malah juga berfungsi sebagai pusat penyebaran maklumat ke seluruh organ-organ. Setiap orang mempunyai satu sahaja tulang belakang yang perlu dijaga dengan rapi agar tidak berlaku sebarang gangguan atau kecederaan bagi mengelakkan terjadinya implikasi negatif pada organ dan anggota tubuh badan yang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Rangka tubuh mempunyai satu bahagian yang penting iaitu vertebral column atau dikenali sebagai ruas tulang belakang dan kesihatan tubuh badan seseorang akan terjejas apabila ada ruas tulang belakang yang terganggu. Hal ini terjadi kerana pusat maklumat telah terhenti dan tergendala dari menyebarkan maklumat otak ke seluruh organ. Akibatnya, organ tubuh akan mengalami gangguan dan tidak dapat bekerja secara optimal. Maka tubuh akan mengalami rasa sakit dan jika tidak dirawat penyakit akan berlarutan.
Antara fungsi vertebral column ialah membantu memikul berat badan, menyokong berat kepala, memastikan kepala dan otak berada dalam keadaan baik (level position) semasa berdiri atau pun berjalan. Selain itu, juga berfungsi sebagai penyangga tubuh dan melindungi bahagian otak dan sumsum tulang belakang (sistem saraf).

Allah SWT menciptakan manusia dengan struktur tulang belakang yang unik dan kompleks sehinggakan setiap pergerakan akan mempengaruhi dan memberi kesan kepada tulang belakang yang satu itu. Justeru, boleh dikatakan keadaan kesihatan seseorang berpusat pada tulang belakang.

Otak dan sistem saraf merupakan sistem tubuh yang sangat berkait rapat dengan tulang belakang. Sistem saraf terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf pusat merangkumi otak dan saraf tujang yang terdapat dalam rongga dorsal, otak dalam rongga otak dan dilindungi oleh tengkorak. Saraf tunjang pula dalam rongga tulang belakang dan dilindungi oleh vertebra.

Walaupun otak bukan bahagian dari tulang belakang, tetapi otak mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada kesihatan tulang belakang dan merupakan organ utama bagi sistem saraf. Otak menghantar tenaga ke seluruh tubuh melalui sistem saraf yang ada di sepanjang ruas tulang belakang dengan bantuan neurotransmitter.

Pergeseran atau dislocation salah satu ruas tulang belakang merupakan masalah atau gangguan yang sering berlaku kepada seseorang atau juga disebut sebagai vertebral subluxation.

Keseluruhan ruas tulang belakang adalah 33 ruas dan dibahagikan kepada 5 seksyen iatu:
1. Tulang leher (vertebrae cervicale) : 7 ruas
2. Tulang punggung (vertebrae thoracalis) : 12 ruas
3. Tulang pinggang (vertebrae lumbalis) : 5 ruas
4. Tulang kelangkang (vertebrae sacrum) : 5 ruas
5. Tulang ekor (vertebrae cosigeus) : 4 ruas

Terdapat 3 seksyen ruas tulang belakang yang dapat bergerak iaitu ruas tulang leher, tulang punggung dan tulang pinggang. Dua seksyen lagi iaitu ruas tulang kelangkang dan tulang ekor adalah ruas tulang yang tidak bergerak.


Al faqir ilallah:
HISHAM MOHAMAD



0 comments:

Post a Comment