Pages

September 26, 2016

Manfaat Buah Labu Untuk Kesihatan

Buah Labu
Labu atau pokok labu merupakan tumbuhan yang tidak asing bagi masyarakat di Malaysia dan dunia.  Dalam bahasa Arab labu disebut dubba atau qar’, dan bahasa Inggeris disebut pumpkin. Bahagian yang boleh digunakan ialah buah, biji, daun, batang dan tangkai pada buahnya.

Terdapat beberapa jenis labu iaitu labu manis, labu air, labu siam dan labu kundur. Istimewanya buah labu ini ialah kerana, ia disebut oleh Allah dalam Al Quran. 

Allah SWT berfirman dalam Surah As Shaffat 37:146;

Ayat ini berkaitan dengan peristiwa yang berlaku pada Nabi Yunus A.S yang telah ditelan oleh ikan Nun, kemudian diperintahkan oleh Allah SWT untuk memuntahkannya semula. Setelah itu, Allah menumbuhkan pokok labu untuk baginda mengambil manfaatnya.

Sudah tentu labu mempunyai kelebihannya yang tersendiri, masakan Allah SWT memilihnya dari pelbagai jenis tumbuhan lain yang ada di dunia ini.

Selain itu, lebih menarik lagi, labu juga merupakan makanan kegemaran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.  Dalam sebuah hadith ada menyebutkan;


Manakala dalam riwayat lain, Anas bin Malik berkata; 

“Nabi SAW suka kepada labu.”

Ibnu Majah. Sunan Ibni Majah. Juz. 4, hlm. 425, no. hadis 3302. Tahkik Sunan Ibni Majah: Sanadnya sahih.
Secara umumnya bolehlah dikatakan bahawa labu adalah makanan para anbiya’.

Pelbagai Kegunaan Labu

Labu bukan sahaja digunakan untuk masak dan makan semata-mata, malah boleh juga digunakan untuk tujuan perubatan bagi merawat penyakit-penyakit tertentu dan meningkatkan tahap kesihatan.

Antara kegunaan labu dalam perubatan ialah:
  1. Sesuai dijadikan makanan untuk orang yang menghidap penyakit hati dan penyakit usus.
  2. Membantu melancarkan pembuangan air besar dan kecil.
  3. Menurunkan tekanan darah tinggi.
  4. Menurunkan kadar gula dalam darah.
  5. Meredakan demam.
  6. Dapat memberikan sistem ketahanan tubuh yang baik.
  7. Jus labu menjadi penawar bagi racun binatang berbisa.
  8. Merawat dan menyihatkan mata.
  9. Melawan radikal bebas.
  10. Awet muda.
  11. Mengatasi sembelit.
  12. Mengurangkan risiko stroke.
  13. Baik untuk penghidap anemia.
  14. Mengembalikan tenaga.
  15. Menenangkan saraf.
Selain daripada buahnya yang boleh dimasak dan makan, daun labu juga boleh dibuat sayur dan digunakan untuk menghalau lalat.

Daun labu untuk menghalau lalat
Semoga artikel yang ringkas ini dapat memberi manfaat kepada semua, In shaa Allah. Marilah kita sama-sama mencontohi sahabat Nabi yang bernama Anas Bin Malik RA, ketika beliau mengetahui Rasulullah SAW menyukai labu, maka beliau berterusan turut menyukainya. Selamat menikmati buah labu.

Pelbagai masakan labu


Al faqir ilallah:
Hisham Mohamad
Herbalist
ANALISA BEKAM HERBA  URUTAN
 


0 comments:

Post a Comment